Monday, 7 October 2013

Pengenalan

Teks : Malissa Mahba

Salam...

Bismillah sebagai pembuka bicara, semoga catatan saya dalam blog ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan manfaat buat pembaca budiman di luar sana. :)

Dilahirkan dalam sebuah keluarga kecil dan sederhana, saya banyak belajar erti kehidupan meskipun dalam usia yang muda. Sejak dari kecil, saya tidak dimanjakan dengan kebendaan namun mewah dengan kasih sayang dan perhatian kerana emak saya adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa. Dan, sehingga kini saya masih rasa sangat bersyukur atas kesabaran dan pengorbanan emak menjaga saya sehingga tidak bekerja.

Mendapat didikan awal di rumah, saya sudah pandai membaca seawal usia 5 tahun maka emak dan abah sengaja menghantar saya ke sebuah tadika cina untuk mempelbagaikan minat saya dalam pembelajaran. Melihatkan saya boleh menyesuaikan diri dengan tadika cina itu, maka mak dan abah seterusnya menghantar saya ke sebuah sekolah cina untuk terus belajar bahasa cina. Alhamdulillah, saya mendapat 5A 1B semasa UPSR.

Begitulah cerita awalnya bagaimana saya mendapat pendidikan awal di sekolah cina, dan kemudiannya saya masih mengambil Bahasa Cina sebagai matapelajaran tambahan dalam peperiksaan PMR dan SPM. Alhamdulillah, memang besar manfaatnya sehingga kini kemahiran bahasa yang saya miliki ini.

Setelah tamat sekolah menengah, saya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak dalam jurusan Sains Fizikal selama setahun. Kemudian saya sambung belajar di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik-Elektronik sehingga peringkat Ijazah Sarjana Muda.





No comments:

Post a Comment